BAB10: PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
Menurut
Zuraidah (1994), memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah
tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kamus Dewan, nasihat
ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan
ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Gibson dan
Mitchell (1999), nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan
maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan bertindak.
SURAT PEKELILING IKHTISAS.
- Bilik Perkhidmatan Panduan Pelajaran Dan Kerjaya 5 ( 76 )
- Garis Panduan Sistem Bimbingan Taulan 3 ( 07 )
- Jawatankuasa Bencana Di Peringkat KPM, JPN, PPD dan Sekolah. 9 ( 09 )
SURAT SIARAN KPM.
Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar
adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar
yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan.
Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna
bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan kaedah secara
seimbang dalam semua bidang seperti berikut:
1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok
- Bimbingan Individu
- Bimbingan Kelompok
- Konsultasi
2. Pengurusan dan Pentadbiran - Sistem Fail
- Paparan
- Sebaran
- Brosur / Pamplet
- Poster
- Buku
- Buku Skrap
- Perkongsian
3. Akademik - Bimbingan Kelompok
- Seminar
- Bengkel
- Bimbingan Individu
- Kem/Perkhemahan
- Taklimat
- Lawatan
- Bank maklumat berkomputer
- Bank maklumat manual
- Pameran
- Ceramah
- Mentor Mentee
- Tutor Sebaya
- Kolokium
- Pembimbing Rakan Sebaya
- Tayangan Video
4. Kerjaya - Bimbingan Kelompok
- Pertandingan: - Buku Skrap Kerjaya- Media Maklumat Kerjaya- Eksplorasi Alam Kerjaya- Poster Kerjaya- Sketsa Kerjaya
- Tayangan video
- Seminar
- Forum
- Ceramah
- Lawatan
- Bimbingan Individu
No comments:
Post a Comment