BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
- Isu berkaitan hubungan etnik perlu diselesaikan dan ia perlu kepada sistem pendidikan satu aliran sebagaimana yang dilaksanakan negara jiran iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand.
- Sistem persekolahan perlu menjadi hanya satu aliran, di mana-mana tempat pun di dunia, sistem inilah yang digunapakai untuk menyatu padu anak bangsa dan menghasilkan produk yang sama identitinya.
- Tambahan lagi, dalam negara yang mempunyai sistem pendidikan yang pelbagai, masih terdapat dalam kalangan rakyat yang gagal, malah tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik sedangkan ia menjadi bahasa kebangsaan yang menjadi tunjang negara.
- Ia sangat tidak kena kerana sebagai warga negara yang tidak menguasai bahasa negara apakah ertinya kerakyatan yang dipegang? Ini masalah yang sangat serius dalam negara tetapi ia tidak disebut oleh orang politik atas beberapa sebab.
DEFINISI BUDAYA
- Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasil tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosial (Amir 2002)
- Budaya adalah keseluruhan yang komplek yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871)
KEPENTINGAN MEMAHAMI KEPELBAGAIAN BUDAYA BAGI GURU
CIRI-CIRI GURU BERKESAN
- guru boleh menjadi ajen yang dapat memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya dengan menggunakan budaya dari kaum masing-masing dimana mengajarkan tentang budaya kepada semua pelajar
- seorang guru juga akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya dengan mengamalkan sikap tidak berprasangka atau prejudis serta berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat
CIRI-CIRI GURU BERKESAN
- Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang.
- Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi tentang topik yang diajar.
- Menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran
- Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.
- Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku.
- Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.
No comments:
Post a Comment