BAB 13: PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT
- Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999).
- Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000
pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “ Sekolah sentiasa
selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperrti
murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan
ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan genster atau “ triad
society ”. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan
undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa
sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan
perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan
tidak harus diabaikan.Melalui keratan akhbar di atas, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) iaitu Tan Sri Lee Lam Thye berkata setiap sekolah perlu mengambil bahagian dalam Program Kesihatan Pekerjaan Sekolah (KPP) bagi membantu meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan. Selain itu, beliau mengatakan pembabitan pelajar adalah perlu kerana mereka bertindak sebagai mata dan telinga bagi pihak pengurusan sekolah. Apabila amalan KPP dilaksanakan termasuk menggunapakai konsep pengenalan bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC), pelajar akan segera memaklumkan kepada pihak pentadbiran jika melihat sesuatu yang boleh menimbulkan bahaya kepada mereka dan orang lain. Beliau menjelaskan bahawa: “ Sekolah selamat tidak hanya bermakna bebas daripada masalah disiplin dan jenayah lain seperti buli, gangsterisme dan penyalahgunaan dadah sebaliknya perlu memastikan semua kemudahan adalah selamat. ”Pada pendapat saya, polisi sekolah selamat membawa pengertian yang mudah iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan meyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “ Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperrti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan genster atau “ triad society ”. ” Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) juga menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan.Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin dan tingkah laku.
No comments:
Post a Comment