BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN
Kesalahan BERAT adalah seperti berikut:
Ini had hukuman guru pada murid mengikut undang-undang anda perlu tahu
Ini
merupakan penjelasan yang lebih terperinci megenai kuasa guru untuk
memberikan hukuman kepada pelajar, jenis-jenis kesalahan yang patut
diberikan mengikut kategori kesalahan tersebut. Kuasa guru yang
diperuntukkan oleh undang-undang. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menetapkan bahawa guru besar atau Pengetua adalah orang yang
bertanggungjawab penuh dalam melaksanakan hukuman terhadap murid. Walau
bagaimanapun, kuasa menghukum murid dengan tujuan untuk memberi
pengajaran boleh diturunkan kepada guru-guru lain yang berdaftar dan
guru yang dipertanggungjawabkan mestilah mengetahui tatacara yang telah
ditetapkan dan surat penurunan kuasa juga hendaklah dikeluarkan kepada
guru tersebut. Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959
juga memperuntukkan prosedur yang perlu dipatuhi bagi menjalankan
hukuman rotan.
Intipati peraturan tersebut adalah seperti berikut:
- Murid perempuan adalah dikecualikan daripada hukuman rotan
- Hukuman rotan ke atas murid-murid lelaki hendaklah menggunakan rotan yang ringan dikenakan sama ada di tapak tangan atau punggung yang berlapik dengan pakaian.
- Hanya guru besar atau guru yang diberikan kuasa sahaja yang boleh melakukannya.
- Semua hukuman yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tandatangan perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan. Kemudian, rekod tersebut akan disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar.
- Guru yang dipertanggungjawab melaksanakan hukuman rotan bukanlah melakukan berdasarkan perasaan dendam atau marah kepada murid tetapi ia adalah sebahagian daripada proses mendidik. Tindakan yang dikenakan terhadap murid seharusnya difahami oleh semua pihak iaitu sebagai alat untuk mendisiplinkan murid bukannya sebagai alat untuk mencederakan fizikal dan mental murid.
- Hukuman rotan di khalayak ramai sama ada di tapak perhimpunan atau di tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran adalah tidak dibenarkan sama sekali. Tindakan ini boleh menjatuhkan maruah dan memberi impak negatif yang lebih besar terhadap keperibadian murid.
- Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan dua surat Pekeliling Ikhtisas bagi memperingatkan guru daripada berkenaan hukuman ke atas salah laku murid yang tidak dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959.
Surat pekeliling tersebut adalah:
a)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 yang bertajuk Mengenakan Hukuman
Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salahlaku yang Tidak
Dinyatakan dalam Peraturanperaturan Pelajaran bertarikh 7 November 1983
(Bahagian Sekolah KPM, 1983).
Dalam
surat pekeliling tersebut, dijelaskan bahawa guru besar diberikan kuasa
bagi menjalankan hukuman ke atas murid yang melakukan kesalahan yang
tidak dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah
1959 seperti membuat bising dalam darjah, tidak memberi perhatian
sewaktu guru mengajar, berkeliaran, dan berbagai lagi perbuatan yang
tidak diingini.
Hal
ini adalah bagi mengawal disiplin atau ketenteraman sekolah. Berikutan
hukuman yang diambil oleh guru terhadap kesalahan-kesalahan tersebut
sering kali diadukan kepada pihak Kementerian, maka guru diperingatkan
agar menjauhi daripada mengambil tindakan menghukum seperti mengetuk
atau menyekel kepala murid, menampar, mencubit hingga lebam, memulas
telinga, mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang
telinga, mencela, mendera seperti berlari keliling padang, menjemur atau
menghukum murid secara kumpulan, dan seumpamanya.
Kementerian
Pendidikan Malaysia mengingatkan bahawa tindakan menghukum seperti ini
adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh membawa implikasi yang
tidak diingini.
Diingatkan
juga bahawa hukuman yang hendak dikenakan kepada murid mestilah
dilakukan secara adil, setimpal pula dengan kesalahan tersebut serta
bersifat mendidik.
b)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 yang bertajuk Tatacara Mengenakan
Tindakan dan Hukuman terhadap Pelajar-pelajar Sekolah yang bertarikh 5
September
1995 (Bahagian Sekolah KPM, 1995).
1995 (Bahagian Sekolah KPM, 1995).
Surat
pekeliling tersebut juga memberi peringatan mengenai tindakan dan
hukuman yang keterlaluan dikenakan oleh pihak sekolah sama ada pengetua,
guru besar atau guru ke atas murid, misalnya jemur di tengah panas,
ketuk ketampi yang menyebabkan pengsan, mencubit hingga berdarah,
merotan hingga mencederakan, berlari dengan memakai seluar dalam dan
menyuruh murid berbuat sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.
Kementerian
Pendidikan Malaysia mengingatkan agar pihak sekolah mengelak dan
hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat kesimpulan terburu-buru
tanpa menyiasat terlebih dahulu.
Hukuman
yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti berbentuk penyeksaan,
cacian di depan khalayak ramai yang memberi kesan emosi atau lain- lain
hukuman liar serta tidak berperikemanusiaan hendaklah dielakkan.
Klasifikasi
kesalahan tersebut hanya dikeluarkan pada 29 Oktober 2003 melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 mengenai Kuasa Guru Merotan Murid.
Sebelum
tahun 2003, tiada ketetapan khusus mengenai kategori kesalahan disiplin
secara detil. Cuma, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1975 ada
menyenaraikan 17 perkara yang dinamakan sebagai Perkara-perkara
Tatatertib yang Dianggap Berat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
9/1975:
Disiplin di Sekolah Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid bertarikh 4 November 1975.
Dalam
pekeliling tersebut, tidak disenaraikan bentuk-bentuk kesalahan dalam
kategori sederhana dan ringan. Oleh kerana itu, pihak sekolah diberikan
kuasa untuk menentukan sendiri bentuk-bentuk kesalahan dalam
kategori-kategori tersebut.
Dengan
demikian, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 mengenai Kuasa Guru
Merotan Murid telah mengemaskini senarai dan kategori kesalahan disiplin
murid di
sekolah mengikut kategori berat, sederhana, dan ringan.
sekolah mengikut kategori berat, sederhana, dan ringan.
Kesalahan BERAT adalah seperti berikut:
- Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
- Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
- Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
- Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan atau mengkhayalkan.
- Menyebabkan atau melakukan pergaduhan atau kekerasan.
- Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/ pengawas murid.
- Biadab terhadap guru, pengawas atau murid.
- Memeras ugut guru, pengawas atau murid.
- Membawa atau menggunakan senjata atau alat berbahaya.
- Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
- Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
- Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
- Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau rakaman dan multimedia terlarang.
- Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
- Mencabul kehormatan guru atau murid.
- Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
- Melacur atau menjadi bohsia, bohjan atau pondan.
- Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
- Mengintai murid lelaki atau perempuan.
- Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
- Merosakkan harta benda sekolah atau guru.
- Membawa atau menggunakan bahan letupan.
- Menulis atau melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
- Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
- Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
- Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan atau ujian.
- Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia.
- Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari selama satu tahun sesi persekolahan.
- Mengganggu, menjejaskan kuasa guru besar, pengetua atau guru yang menjalankan tugas.
- Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
- Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
- Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
- Melakukan hubungan yang dicurigai.
· ii) Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
Kesalahan yang dikategorikan sebagai kesalahan SEDERHANA adalah seperti berikut:
- Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
- Menyalahgunakan, menggunakan peralatan, sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.
- Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
- Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.
- Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
- Tidak menghormati lagu-lagu, bendera, jata sekolah, negeri, dan kebangsaan.
- Fesyen rambut keterlaluan seperti punk, skin head atau berwarna.
- Menconteng pada harta benda sekolah.
- Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan pada satu cuping telinga.
Kesalahan RINGAN pula adalah seperti berikut:
- Menyimpan misai, janggut atau jambang.
- Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
- Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
- Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.
- Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
- Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
- Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
- Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
- Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal, bengkel atau bilik khas.
- Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
- Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
- Makan dan minum di bilik darjah.
- Melakukan pembaziran air atau elektrik.
- Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
- Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
- Datang lewat ke sekolah.
- Lewat bergerak ke perhimpunan, bengkel atau makmal.
- Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
- Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
- Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
- Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
- Mengganggu kawasan.
- Mengganggu guru.
- Lewat masuk kelas.
- Mengotorkan kelas.
- Tidak duduk setempat.
- JENIS KESALAHAN
- KESALAHAN BERAT
Hukuman : Rotan di punggung dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3kali sebatan) - KESALAHAN SEDERHANA
Hukuman: Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3kali sebatan) - KESALAHAN RINGAN
Hukuman: Diberi amaran dan sesi kaunseling
No comments:
Post a Comment