BAB 5: PENGURUSAN MURID
Isu
yang berbangkit ialah seorang pelajar cemerlang SPM iaitu, Nurul Syuhada yang dikatakan tidak boleh menduduki
peperiksaan kerana tiada kad pengenalan. Hal ini telah menjejaskan imej dan
reputasi sekolah termasuk pengetua sekolah tersebut. Walhal, pihak sekolah
telah memberi kenyataan bahawa isu kad pengenalan tidak timbul dan sebenarnya
nama pelajar ini sudah didaftarkan dan diperakui pada Mac lalu, malah
pengurusan sekolah tidak pernah melarang atau menghalang pelajar ini mengambil
SPM.
Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di dalam sebuah
institusi pendidikan. Pengurusan murid ialah proses-proses yang berkaitan
dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program
secara berkesan dalam pengurusan organisasi. Data murid akan di disimpan di
SSDM. Antara aspek penting yang terdiri dalam pengurusan murid ini ialah
mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan juga memotivasikan murid.
Antara tujuan mengurus rekod murid ialah memantapkan sistem pengurusan
murid di sekolah. Seterusnya, ialah mengemas kini profil murid, mengetahui
perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar. Selain itu,
tujuan mengurus rekod murid ialah ingin mempunyai maklumat murid yang lengkap
mengenai hal-hal yang bermasalah dan menyelesaikan masalah murid.
No comments:
Post a Comment