Saturday, 9 November 2019

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER            
                       
Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat. Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya. Oleh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.
  • Definisi Pengurusan Sumber
Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.

Pusat Sumber sangat penting bagi sesebuah sekolah kerana ia menjadi sumber utama untuk mencari bahan pembelajaran. Pihak sekolah perlu mengurus pusat sumber mereka dengan baik agar pusat sumber tersebut tidak menjadi tempat menyimpan buku yang mebosankan. Bagi pendapat saya, pusat sumber hendaklah menarik perhatian seperti dekorasi dan penggunaan warna yang digunakan dalam pusat sumber tersebut. Selain itu, pusat sumber di sekolah seharusnya menyediakan  beberapa sudut khas yang menarik untuk pelajar membuat kerja rumah, berbincang dan melayari laman sesawang.
Anugerah Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan ini perlu diteruskan dan diadakan setiap tahun. Hal ini akan menggalakkan semua sekolah yang ada di Malaysia mepertingkatkan pengurusan pusat sumber mereka dari pelbagai aspek. Anugerah seperti ini sudah pasti akan menggalakkan persaingan yang sihat antara pusat sumber sekolah di Malaysia. Apabila sesebuah sekolah berjaya mendapat anugerah yang nilainya besar seperti ini, saya yakin pusat sumber sekolah  tersebut dapat menambah baik prasarana dan menggunakan teknologi yang canggih setaraf dengan pusat sumber di Negara-negara yang maju.

No comments:

Post a Comment