BAB 8 :
PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Jere Brophy dalam rencananya yang bertajuk
Educating Teachers About Managing Classroom and student dalam International
Journal of Research and studies (1998) telah menghuraikannya seperti berikut:
"Classroom management refers to actions taken to create and maintain a leaving environmental condusive to attainment of the goals of instruction, (arranging the physical environment of the classroom, establishing rules and procedures, maintaining attention to lessons and engagement in academic activities."
KONSEP BILIK DARJAH
DAHULU
Lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang
pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik
darjah. Surau atau pondok tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik
darjah.
SEKARANG
Sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru
dianggap bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjah.
Padang sekolah yang digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani
juga dianggap bilik darjah.
Pada dasarnya, sebuah bilik darjah secara
fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat
bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam satu-satu
kelas.
Pengurusan Pembelajaran sangat penting
bagi semua sekolah dan institusi pembelajaran yang ada di Malaysia. Antara orang yang sangat penting dalam
memainkan peranan penting dalam pengurusan pembelajaran ini ialah guru itu sendiri.
Guru hendaklah membimbing pelajar dengan jayanya dalam mana-mana subjek yang
diajar. Cikgu yang berpengalaman dan kreatif dalam mengajar sudah pasti akan
meningkatkan prestasti sesebuah sekolah dalam bidang akademik dalam subjek yang
diajarnya. Namun, tidak semua guru yang ada di Malaysia ini mempunyai kemahiran
yang sama dan mempunyai cara mengajar yang berbeza.
Bagi memenuhi hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam menyasarkan pengunaan kaedah PAK21 yang menyeluruh di
semua sekolah yang ada di Malaysia ini, guru hendaklah mengajar dengan kreatif
dan sentiasa mencari kaedah mengajar yang baru dalam P&P. Hal ini sudah
semestinya akan memberi impak yang sangat positif terutamanya dari segi
pengetahuan pelajar dalam apa yang telah dipelajarinya. Bukan itu sahaja,
pelajar juga tidak akan mudah bosan dan jemu dalam kelas semasa P&P sedang
dijalankan sekiranya PAK21 ini dipraktikkan. Pelajar akan mudah merasa bosan
apabila cikgu hanya tahu bercakap dan menulis nota di papan putih. Oleh itu,
cikgu wajib menjadi kreatif semasa P&P dan sentiasa mencari kaedah yang
baru untuk pelajarnya.
No comments:
Post a Comment