Saturday, 9 November 2019

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
Interaksi merupakan elemen yang paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru hendaklah menggunakan interaksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana interaksi itulah yang menyumbang kepada matlamat pembelajaran tercapai. Interaksi dalam bilik darjah dapat didefinisikan sebagai suatu tindakan yang berlaku sekurang-kurangnya dua pihak atau lebih. Semasa interaksi dalam bilik darjah berlaku pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan guru atau rakan lain sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran supaya para pelajar dapat mengalami sendiri proses pembelajaran.

Berdasarkan keratan akhbar tersebut, didapati bahawa gajet merupakan salah satu alat komunikasi yang akan menjadi penghalang interaksi sosial.  Namun, seperti yang kita tahu, kemajuan teknologi semakin berkembang yang kita tidak dapat menafikannya. Walaubagaimanapun, interaksi melalui gajet adalah berbeza berbanding interaksi sosial kerana tulisan tidak dapat menterjemahkan perasaan seseorang. Tambahan pula, keberkesanan dalam komunikasi juga semakin berkurangan.
Kurangnya interaksi sosial kini membawa kepada elemen negatif seperti kurangnya kepercayaan serta prasangka, iaitu musuh utama perpaduan yang kini memberi kesan kepada kesatuan keluarga dan juga perpaduan kaum di Malaysia.
Oleh itu, bagi menggalakkan interaksi sosial terus berlaku, kempen kesedaran mengenai kepentingan interaksi sosial berbanding kebergantungan gajet perlu diadakan, membuat peraturan larangan penggunaan gajet di kawasan sekolah, menutup segala Wi-fi di kawasan dan waktu tertentu dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment