Saturday, 9 November 2019

BAB 14: Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah

BAB 14: Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah



Melalui keratan akhbar diatas, kejadian yang berlaku di Shah Alam dimana sebanyak 50 tangkapan dilakukan polis antara Januari dan Oktober tahun 2017 membabitkan pembabitan remaja dengan penyalahgunaan dadah. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor bahawa sebahagian besar remaja yang ditahan adalah remaja yang masih bersekolah berusia 15 hingga 17 tahun. Beliau juga berkata: “Daripada jumlah tangkapan berkenaan 25 terbabit syabu, ganja (17), air ketum (6) dan 2 tangkapan membabitkan heroin.” Sementara itu, Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata: “Di peringkat sekolah terdapat unit bimbingan dan kaunseling yang betanggungjawab menyediakan program khidmat bantu untuk pelajar yang bermasalah. Tindakan gantung atau buang sekolah bergantung kepada kesalahan yang dilakukan pelajar. Jika kesalahan yang dilakukan berulang serta serius mereka boleh dikenakan tindakan berkenaan. ” Pelbagai inisiatif dijalankan oleh polis dan jabatan pendidikan untuk mengekang serta menangani masalah ini dalam kalangan pelajar sekolah.





Fenomena penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah sebenarnya perlu dipandang serius kerana ia mempunyai perkaitan dengan permasalahan disiplin seperti merokok, ponteng sekolah, melawan guru, mencuri, bergaduh dan merosakkan harta benda sekolah. Pada kebiasaannya, pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah bukan sahaja menghadapi permasalahan disiplin dan akademik tetapi mereka juga terdedah kepada risiko gejala sosial di luar sekolah seperti penglibatan dengan kumpulan samseng, pergaulan bebas, melepak, kehamilan sebelum kahwin dan lari dari rumah (AADK, 2007).



Kementerian Pelajaran telah mengatur pelbagai strategi pencegahan awalan bagi menangani permasalahan dadah dalam kalangan pelajar. Salah satu daripada strategi tersebut ialah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah rendah. Program PPDa merupakan salah satu daripada sistem sokongan sekolah ke arah menangani gejala sosial yang melibatkan kalangan pelajar sekolah. Menurut Mohd Muzafar Shah dan Abdul Malek (2005), Program PPDa ini harus dapat memupuk semangat jati diri pelajar yang seterusnya dapat membentuk nilai murni, budi pekerti yang mulia dan terpuji, kerohanian yang luhur dan memiliki perasaan cinta serta sayang kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Selain itu, objektif PPDa ialah:


  • * Mewujudkan pemikiran generasi muda yang bebas daripada pengaruh dadah.    Menyediakan alternatif berfaedah yang dapat mencegah mereka daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
  •   Mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan dadah. Walaupun PPDa telah dilaksanakan secara menyeluruh yang meliputi peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan tetapi masih terdapat sebilangan pelajar sekolah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Perangkaan yang dikeluarkan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) menunjukkan bahawa terdapat sebilangan pelajar sekolah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan iaitu dari tahun 2002 hingga 2005 terdapat seramai 1,015 orang pelajar sekolah telah dikenalpasti terlibat dengan penyalahgunaan dadah.




Justeru, usaha untuk mencegah dadah ditumpukan kepada generasi muda kerana mereka merupakan tulang belakang dan pewaris kepimpinan negara ini pada masa depan. Seperti yang kita sedia maklum, mencegah adalah lebih baik dari mengubat. Dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bagi memastikan generasi masa hadapan hidup aman dan gembira tanpa dadah.

BAB 13: PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT

BAB 13: PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT



  • Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999).

  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “ Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperrti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan genster atau “ triad society ”. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan.



    Melalui keratan akhbar di atas, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) iaitu Tan Sri Lee Lam Thye berkata setiap sekolah perlu mengambil bahagian dalam Program Kesihatan Pekerjaan Sekolah (KPP) bagi membantu meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan. Selain itu, beliau mengatakan pembabitan pelajar adalah perlu kerana mereka bertindak sebagai mata dan telinga bagi pihak pengurusan sekolah. Apabila amalan KPP dilaksanakan termasuk menggunapakai konsep pengenalan bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC), pelajar akan segera memaklumkan kepada pihak pentadbiran jika melihat sesuatu yang boleh menimbulkan bahaya kepada mereka dan orang lain. Beliau menjelaskan bahawa: “ Sekolah selamat tidak hanya bermakna bebas daripada masalah disiplin dan jenayah lain seperti buli, gangsterisme dan penyalahgunaan dadah sebaliknya perlu memastikan semua kemudahan adalah selamat. ” 
    Pada pendapat saya, polisi sekolah selamat membawa pengertian yang mudah iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan meyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “ Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperrti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan genster atau “ triad society ”. ” Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) juga menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan.
    Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin dan tingkah laku.

BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

  • Melalui akhbar ini, jelas bahawa kerajaan amat menitikberatkan akademik terhadap orang kurang upaya. Buktinya, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan usaha menaik taraf sekolah di seluruh negara secara berperingkat supaya lebih mesra Orang Kurang Upaya (OKU). 
  • Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata kementerian akan menyediakan peruntukan RM200,000 bagi setiap sekolah. Bantuan termasuk sekolah harian biasa terletak di kawasan bandar atau luar bandar mahupun sekolah pendidikan khas. Menurutnya, buat masa ini terdapat 82,000 murid dan pelajar OKU yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Program Pendidikan Inklusif (PPI) atau di sekolah pendidikan khas.“Daripada kira-kira 10,000 sekolah di seluruh negara, hanya lebih 1,000 adalah mesra OKU. 
  • Kemudahan berkenaan perlu diwujudkan di setiap sekolah, tambahan pula mulai tahun depan, dasar sifar penolakan permohonan kemasukan ke sekolah bagi murid berkeperluan khas dilaksanakan. Murid berkeperluan khas boleh mengikuti Program Pendidikan Inklusif (PPI) namun mereka perlu dibuat penilaian sama ada sesuai mengikuti pembelajaran di situ. 
  • Tambahan lagi, sekiranya tidak sesuai mereka akan dicadangkan ke PPKI atau sekolah pendidikan khas.

  1.  Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan usaha untuk memnuhi keperluan keperluan murid dari segi perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial yang berkeperluan khas.
  2. Individu pelbagai upaya mengalami kekurangan atau kecacatan sama ada sejak dilahirkan atau pun selepas mengalami kemalangan atau masalah kesihatan yang kronik. Ketidakupayaan ini akan menimbulkan masalah dalam kemahiran belajar juga seperti kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengira dan menaakul.
  3. Masalah ini berpunca daripada kegagalan fungsi sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada pelbagai tahap umur. Individu yang mengalami masalah kegagalan fungsi saraf biasanya sukar untuk mengawal tingkah laku, membuat tanggapan dan berinteraksi sosial dan masalah ini mungkin wujud bersama masalah pembelajaran.
PEMULIHAN
Definisi Program Pemulihan Khas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Program Pemulihan Biasa, Guru Pemulihan/ Guru Pemulihan Biasa dan Murid Pemulihan Khas. Program Pemulihan Biasa ialah “Satu program pendidikan untuk pelajar yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran asas 3M yang kompleks kerana faktor alam sekitar. Program ini dijalankan oleh guru khas di dalam bilik khas. Guru Pemulihan/ Guru Pemulihan Biasa merupakan guru yang terlatih di institusi yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, institusi perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara. Akibatnya Guru Pemulihan mempunyai kepakaran khusus untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar yang lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M (Menulis, membaca dan mengira). Pusat Pembangunan Kurikulum (1984); pelajar pemulihan adalah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran tertentu, negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai kelakuan yang menyebabkan pembelajaran dan kekurangan keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang memberi fokus kepada masalah menguasai kemahiran asas. Usaha bagi menangani masalah tersebut dijalankan menerusi Program Pemulihan Khas yang diwujudkan di setiap sekolah rendah.
            Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam Teras Ketiga Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Terasa Keempat : Merapatkan jurang Pendidikan; dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada Tahap 1. KPM telah memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf Pemulihan Khas dan menyediakan Guru Pemulihan terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM).
            Matlamat semua murid di Tahap 1 sekolah rendah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK). Objektif program pemulihan ini yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Menguasai kemahiran asas 3M, Meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan Membina keyakinan diri dan bersikap positif terhadap pembelajaran. 
PENGAYAAN
Pengayaan ialah penekanan program untuk memberikan aktiviti-aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Dalam proses pengayaan murid akan dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran. Walau bagaimanapun, murid-murid yang mengikuti kegiatan pemulihan berpeluang juga membuat kegiatan pengayaan. Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat kepada guru, program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara sendiri.
      Terdapat 2 jenis pengayaan iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. Aktiviti melalui pengayaan mendatar ini adalah ia akan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan kepada taraf pencapaian murid. Selain itu, murid di dalam kumpulan yang lambat akan diberikan aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan mencabar. Tujuan pengayaan mendatar ini dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan kemahiran yang telah dikuasai. Pengayaan menegak ialah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Berdasarkan kepada konsep pengayaan menegak ini, aktiviti akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada pencapaian murid darjah biasa. Secara tidak langsung ini dapat mewujudkan kegembiraan, mencungkil bakat dan kerjasama sesama mereka.
PELBAGAI KECERDASAN  
  • Pintar Cerdas Dan Berbakat
Menurut Zharulnizam Shah (2010) kanak-kanak pintar cerdas merupakan kanak-kanak yang mempunyai kemampuan pemikiran yang melangkaui usia hayat. Kanak-kanak ini biasanya jauh lebih maju dalam bakat tertentu atau akademik berbanding dengan rakan sebaya. Kematangan pemikiran yang menjangkaui usia hayat dapat diukur sama ada melalui komunikasi mahupun tingkah laku. Hal ini dapat diperhatikan apabila seseorang kanak-kanak yang berusia di bawah sepuluh tahun tetapi dapat membicarakan masalah sejagat seperti pencemaran alam, peperangan yang berlaku di luar Malaysia dan lain-lain isu dunia yang biasanya dibicarakan oleh orang dewasa. Mereka juga menguasai perbendaharaan kata yang jarang-jarang digunakan oleh rakan sebaya.
  • Autisme
Menurut Norfishah Mat Rabi (2016) mengatakan IDEA 2004 mendefinisikan autisme sebagai 
ketidakupayaan perkembangan yang secara signifikannya mempengaruhi komunikasi verbal dan nonverbal, interaksi sosial yang selalunya dapat dikesan pada usia sebelum 3 tahun (Pierangelo & Guiliani, 2007; Trevarthen et al., 2006). Ciri watak lain yang turut serta ialah aktiviti berulang-ulangan dan pergerakan yang stereotaip, penolakan atau tentangan terhadap perubahan persekitaran atau perubahan dalam rutin harian dan respons luar biasa terhadap pengalaman deria. Menurut American Psychiatric Association (APA, 2000), autisme dikaitkan dengan kesukaran bersosial, kurang upaya berkomunikasi dan tingkah laku berhalangan. Hal ini menyebabkan dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula menunjukkan kecelaruan tingkah laku, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.
BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas ini biasanya adalah murid yang mengalami masalah pembelajaran. Antara murid yang mempunyai masalah pembelajaran ialah :
  • Murid Hiperaktif dan Tumpuan Terganggu (ADHD).
Kanak-kanak dalam kategori murid hiperaktif dan tumpuan terganggu biasanya sangat aktif fan 
mempunyai tenaga yang berlebihan.
  • Sindrom Down
Kanak-kanak sindrom down kerana kromosom yang abnormal dan mereka dikategorikan kanak-kanak terencat akal. Kanak-kanak sindrom down mempunyai 47 kromosom, iaitu lebih satu kromosom daripada kanak-kanak biasa.
  • Palsy Serebrum
Palsi serebrum bermaksud ada gangguan terhadap pergerakan atau mobiliti seseorang murid. Murid tersebut tidak boleh menggunakan sebahagian daripada otot di dalam badan dalam keadaan biasa akibat daripada berpunca daripada virus atau kekurangan oksigen. Pendidikan sempurna, terapi dan teknologi terkini dapat membantu murid untuk menjalani kehidupan biasa seperti orang lain (Ramlan Salim, 2015).

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


  • Isu berkaitan hubungan etnik perlu diselesaikan dan ia perlu kepada sistem pendidikan satu aliran sebagaimana yang dilaksanakan negara jiran iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand. 
  • Sistem persekolahan perlu menjadi hanya satu aliran, di mana-mana tempat pun di dunia, sistem inilah yang digunapakai untuk menyatu padu anak bangsa dan menghasilkan produk yang sama identitinya. 
  • Tambahan lagi, dalam negara yang mempunyai sistem pendidikan yang pelbagai, masih terdapat dalam kalangan rakyat yang gagal, malah tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik sedangkan ia menjadi bahasa kebangsaan yang menjadi tunjang negara. 
  • Ia sangat tidak kena kerana sebagai warga negara yang tidak menguasai bahasa negara apakah ertinya kerakyatan yang dipegang? Ini masalah yang sangat serius dalam negara tetapi ia tidak disebut oleh orang politik atas beberapa sebab.


DEFINISI BUDAYA
  • Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasil tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosial (Amir 2002)
  • Budaya adalah keseluruhan yang komplek yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871)

KEPENTINGAN MEMAHAMI KEPELBAGAIAN BUDAYA BAGI GURU


  • guru boleh menjadi ajen yang dapat memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya dengan menggunakan budaya dari kaum masing-masing dimana mengajarkan tentang budaya kepada semua pelajar
  • seorang guru juga akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid  daripada pelbagai budaya dengan mengamalkan sikap tidak berprasangka atau prejudis serta berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat


CIRI-CIRI GURU BERKESAN

  • Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang.
  • Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi tentang topik yang diajar.
  • Menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran
  • Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.
  • Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku.
  • Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.

BAB10: PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

BAB10: PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Menurut Zuraidah (1994), memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kamus Dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Gibson dan Mitchell (1999), nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan  bertindak.


SURAT PEKELILING IKHTISAS.
  •      Bilik Perkhidmatan Panduan Pelajaran Dan Kerjaya 5 ( 76 )
  •     Garis Panduan Sistem Bimbingan Taulan 3 ( 07 )
  •     Jawatankuasa Bencana Di Peringkat KPM, JPN, PPD dan Sekolah. 9 ( 09 )


SURAT SIARAN KPM.
Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar
adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar
yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan.
Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna
bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan kaedah secara
seimbang dalam semua bidang seperti berikut:

1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
  •  Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Bimbingan Individu
  • Bimbingan Kelompok
  • Konsultasi

    2. Pengurusan dan Pentadbiran
  • Sistem Fail
  • Paparan
  • Sebaran
  • Brosur / Pamplet
  • Poster
  • Buku
  • Buku Skrap 
  • Perkongsian

    3. Akademik
  • Bimbingan Kelompok
  • Seminar
  • Bengkel
  • Bimbingan Individu
  • Kem/Perkhemahan
  • Taklimat
  • Lawatan
  • Bank maklumat berkomputer
  • Bank maklumat manual
  • Pameran
  • Ceramah
  • Mentor Mentee
  • Tutor Sebaya
  • Kolokium
  • Pembimbing Rakan Sebaya
  • Tayangan Video

    4. Kerjaya
  • Bimbingan Kelompok
  • Pertandingan: - Buku Skrap Kerjaya- Media Maklumat Kerjaya- Eksplorasi Alam Kerjaya
                     - Poster Kerjaya
               - Sketsa Kerjaya
  • Tayangan video
  • Seminar
  • Forum
  • Ceramah
  • Lawatan
  • Bimbingan Individu











BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN


Ini had hukuman guru pada murid mengikut undang-undang anda perlu tahu

Ini merupakan penjelasan yang lebih terperinci megenai kuasa guru untuk memberikan hukuman kepada pelajar, jenis-jenis kesalahan yang patut diberikan mengikut kategori kesalahan tersebut. Kuasa guru yang diperuntukkan oleh undang-undang. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa guru besar atau Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab penuh dalam melaksanakan hukuman terhadap murid. Walau bagaimanapun, kuasa menghukum murid dengan tujuan untuk memberi pengajaran boleh diturunkan kepada guru-guru lain yang berdaftar dan guru yang dipertanggungjawabkan mestilah mengetahui tatacara yang telah ditetapkan dan surat penurunan kuasa juga hendaklah dikeluarkan kepada guru tersebut. Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 juga memperuntukkan prosedur yang perlu dipatuhi bagi menjalankan hukuman rotan.

Intipati peraturan tersebut adalah seperti berikut:
  1.                          Murid perempuan adalah dikecualikan daripada hukuman rotan
  2.                Hukuman rotan ke atas murid-murid lelaki hendaklah menggunakan rotan yang ringan    dikenakan sama ada di tapak tangan atau punggung yang berlapik dengan pakaian.
  3.        Hanya guru besar atau guru yang diberikan kuasa sahaja yang boleh melakukannya.
  4.             Semua hukuman yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tandatangan perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan. Kemudian, rekod tersebut akan disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar.
  5.       Guru yang dipertanggungjawab melaksanakan hukuman rotan bukanlah melakukan berdasarkan perasaan dendam atau marah kepada murid tetapi ia adalah sebahagian daripada proses mendidik. Tindakan yang dikenakan terhadap murid seharusnya difahami oleh semua pihak iaitu sebagai alat untuk mendisiplinkan murid bukannya sebagai alat untuk mencederakan fizikal dan mental murid.
  6.       Hukuman rotan di khalayak ramai sama ada di tapak perhimpunan atau di tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran adalah tidak dibenarkan sama sekali. Tindakan ini boleh menjatuhkan maruah dan memberi impak negatif yang lebih besar terhadap keperibadian murid.
  7.       Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan dua surat Pekeliling Ikhtisas bagi memperingatkan guru daripada berkenaan hukuman ke atas salah laku murid yang tidak dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959.

Surat pekeliling tersebut adalah:
a) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 yang bertajuk Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salahlaku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturanperaturan Pelajaran bertarikh 7 November 1983 (Bahagian Sekolah KPM, 1983).

Dalam surat pekeliling tersebut, dijelaskan bahawa guru besar diberikan kuasa bagi menjalankan hukuman ke atas murid yang melakukan kesalahan yang tidak dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959 seperti membuat bising dalam darjah, tidak memberi perhatian sewaktu guru mengajar, berkeliaran, dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini.

Hal ini adalah bagi mengawal disiplin atau ketenteraman sekolah. Berikutan hukuman yang diambil oleh guru terhadap kesalahan-kesalahan tersebut sering kali diadukan kepada pihak Kementerian, maka guru diperingatkan agar menjauhi daripada mengambil tindakan menghukum seperti mengetuk atau menyekel kepala murid, menampar, mencubit hingga lebam, memulas telinga, mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga, mencela, mendera seperti berlari keliling padang, menjemur atau menghukum murid secara kumpulan, dan seumpamanya.

Kementerian Pendidikan Malaysia  mengingatkan bahawa tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh membawa implikasi yang tidak diingini.
Diingatkan juga bahawa hukuman yang hendak dikenakan kepada murid mestilah dilakukan secara adil, setimpal pula dengan kesalahan tersebut serta bersifat mendidik.
b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 yang bertajuk Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman terhadap Pelajar-pelajar Sekolah yang bertarikh 5 September
1995 (Bahagian Sekolah KPM, 1995).

Surat pekeliling tersebut juga memberi peringatan mengenai tindakan dan hukuman yang keterlaluan dikenakan oleh pihak sekolah sama ada pengetua, guru besar atau guru ke atas murid, misalnya jemur di tengah panas, ketuk ketampi yang menyebabkan pengsan, mencubit hingga berdarah, merotan hingga mencederakan, berlari dengan memakai seluar dalam dan menyuruh murid berbuat sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia mengingatkan agar pihak sekolah mengelak dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat kesimpulan terburu-buru tanpa menyiasat terlebih dahulu.
Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti berbentuk penyeksaan, cacian di depan khalayak ramai yang memberi kesan emosi atau lain- lain hukuman liar serta tidak berperikemanusiaan hendaklah dielakkan.

Klasifikasi kesalahan tersebut hanya dikeluarkan pada 29 Oktober 2003 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 mengenai Kuasa Guru Merotan Murid.

Sebelum tahun 2003, tiada ketetapan khusus mengenai kategori kesalahan disiplin secara detil. Cuma, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1975 ada menyenaraikan 17 perkara yang dinamakan sebagai Perkara-perkara Tatatertib yang Dianggap Berat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975:
Disiplin di Sekolah Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid bertarikh 4 November 1975.
Dalam pekeliling tersebut, tidak disenaraikan bentuk-bentuk kesalahan dalam kategori sederhana dan ringan. Oleh kerana itu, pihak sekolah diberikan kuasa untuk menentukan sendiri bentuk-bentuk kesalahan dalam kategori-kategori tersebut.

Dengan demikian, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 mengenai Kuasa Guru Merotan Murid telah mengemaskini senarai dan kategori kesalahan disiplin murid di
sekolah mengikut kategori berat, sederhana, dan ringan.

Kesalahan BERAT adalah seperti berikut:
  •         Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
  •       Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
  •      Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
  •    Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan atau mengkhayalkan.
  •     Menyebabkan atau melakukan pergaduhan atau kekerasan.
  •     Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/ pengawas murid.
  •     Biadab terhadap guru, pengawas atau murid.
  •     Memeras ugut guru, pengawas atau murid.
  •     Membawa atau menggunakan senjata atau alat berbahaya.
  •     Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
  •     Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
  •     Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
  •    Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau rakaman dan multimedia terlarang.
  •     Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
  •     Mencabul kehormatan guru atau murid.
  •     Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
  •     Melacur atau menjadi bohsia, bohjan atau pondan.
  •     Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
  •     Mengintai murid lelaki atau perempuan.
  •      Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
  •      Merosakkan harta benda sekolah atau guru.
  •     Membawa atau menggunakan bahan letupan.
  •     Menulis atau melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
  •     Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
  •     Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
  •     Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan atau ujian.
  •    Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia.
  •   Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  •   Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari selama satu tahun sesi persekolahan.
  •     Mengganggu, menjejaskan kuasa guru besar, pengetua atau guru yang menjalankan tugas.
  •     Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
  •     Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
  •     Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
  •     Melakukan hubungan yang dicurigai.

·         ii) Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
Kesalahan yang dikategorikan sebagai kesalahan SEDERHANA adalah seperti berikut:
  •          Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
  •      Menyalahgunakan, menggunakan peralatan, sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.
  •      Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
  •     Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.
  •     Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
  •     Tidak menghormati lagu-lagu, bendera, jata sekolah, negeri, dan kebangsaan.
  •     Fesyen rambut keterlaluan seperti punk, skin head atau berwarna.
  •     Menconteng pada harta benda sekolah.
  •    Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan pada satu cuping telinga.

Kesalahan RINGAN pula adalah seperti berikut:
  •          Menyimpan misai, janggut atau jambang.
  •      Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
  •      Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
  •    Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.
  •      Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
  •     Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
  •     Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
  •     Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
  •      Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal, bengkel atau bilik  khas.
  •     Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
  •     Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
  •     Makan dan minum di bilik darjah.
  •     Melakukan pembaziran air atau elektrik.
  •     Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
  •    Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
  •     Datang lewat ke sekolah.
  •     Lewat bergerak ke perhimpunan, bengkel atau makmal.
  •     Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
  •     Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
  •     Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
  •      Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
  •      Mengganggu kawasan.
  •      Mengganggu guru.
  •     Lewat masuk kelas.
  •     Mengotorkan kelas.
  •     Tidak duduk setempat.
    • JENIS KESALAHAN 
    •      KESALAHAN BERAT
      Hukuman : Rotan di punggung dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3kali sebatan)
    •     KESALAHAN SEDERHANA
      Hukuman: Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3kali sebatan)
    •     KESALAHAN RINGAN
      Hukuman: Diberi amaran dan sesi kaunseling